Monday 30 December 2013

Selamat Datang 2014....

Haaa.... Tahun 2014 menjelang tiba...dah siap semua kelengkapan sekolah??? Mesti ade yang belum.... Haaa cepat..cepat!!! Ada yang bersemangat untuk ke sekolah, ade yang tidak, sebab ape? Malas pegi sekolah...hahaha!!! Mesti masing-masing ada menyimpan azam dan tekad tersendiri... Tanamkan azam yang baik agar kita terus maju ke hadapan... Tak ada kejayaan yang datang bergolek... ^_^... Ape2 pon... Selamat Menyambut Tahun Baru... ^_^

Saturday 28 December 2013

7 Perkara Ditetapkan Oleh Allah Yang Kita Tidak Boleh Ubah Dalam Hidup

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, dalam hidup ni sebenarnya banyak benda yang berubah dan diubah mengikut situasi mengikut keadaan. Tetapi dalam banyak – banyak perubahan dalam hidup kita terdapat juga perkara yang tak boleh diubah sejak azali. Inilah dia 7 hal yang tidak boleh diubah dalam kehidupan kita yang dikongsikan oleh akhbar harian metro.

7 Perkara Ditetapkan Oleh Allah Yang Kita Tidak Boleh Ubah Dalam Hidup


1. Jenis kelamin dan jantina 

Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah kelamin. Tetapi tidak mampu mengubah roh (spirit) orang berkenaan. Terimalah dirimu, sama ada engkau wanita atau lelaki.


2. Orang tua 

Kamu mesti menghormati ibu bapa apa cara sekalipun! Jika orang tuamu seorang pemabuk, kaki judi atau pelacur, hormati mereka! jika tidak situasi itu bakal terjadi dalam kehidupan kamu kelak. Nasihat dan teguran memang tidak boleh berhenti.


3. Hari kelahiran 

Sudah ditetapkan Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita. Ia memang sudah ditentukan dan jangan sesekali kita me­nyesalinya.


4. Bentuk Fizikal 

Jika anda mempunyai rambut keriting, terima sajalah. Jika hidung kamu kurang menarik atau kulit sawa matang terimalah se­adanya. Memang kita lihat ramai orang ingin mengubah bentuk wajahnya, sama ada memancungkan hidung atau alis matanya dicukur habis tetapi tetap kelihatan aneh dan tidak semula jadi.


5. Masa lalu 

Ini juga sudah ditetapkan Allah. Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk menjadikannya sebagai pengajaran. Justeru, ‘berdamailah’ dengan masa lalu demi membina masa depan.


6. Kedudukan dalam keluarga 

Kedudukan kita sebagai anak bongsu, sulung, atau tengah, tidak boleh diubah dan terimalah seadanya.


7. Suku bangsa 

Jangan sekali menyesal menjadi orang Melayu, Jawa atau Cina. Sebenarnya perkara yang kita boleh dan mampu ubah adalah cara kita berfikir. Jika berubah maka berubahlah hidup kita.

Saturday 21 December 2013

Mula2 takut jugak nak amalkan... Tapi setiap manusia mesti akan mati, jadi kalau boleh cuba amalkan ayat nie... Besar fadhilatnya...


Fadhilat Ayat 128-129 Surah at-Taubah...

1. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.

2. Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.

3. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.

4. Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

5. Ayat ini juga untuk pengasih.

6. Apabila sampai waktu ajal kita, kita tidak akan dapat membaca 2 ayat ini walaupun sebelum ini kita dah biasa membaca dan mengamalkannya. Allah memberi kita petunjuk bahawa ajal kita sudah semakin hampir, dan pada saat dan waktu itu kita seakan-akan lupa ayat ni, tak boleh nak ingat, padahal hari-hari kita baca. Itu tandanya…ajal kita sudah hampir tiba. Inilah salah satu petanda yang Allah beri pada hambanya yang mengamalkan surah Al-Taubah, ayat 128-129.





Monday 16 December 2013

Langkah Awal Mendekatkan Diri Pada Allah

Kalau masih tak faham atau rasa diri susah nak buat 10 langkah dibawah, ini langkah yang paling mudah dan kita boleh cuba secara step by step...

1. Cuba cukupkan solat 5 waktu...


2. Amalkan membaca Al-Quran (sekurang-kurangnya 1 m/s @ paling malas, 1 ayat je !_!)


3. Mendengar dan mempraktikkan alunan zikir dan selawat..( drpd asyik dgr lagu Korea dgn Barat je... Malulah sikit)


4. Cuba korang sibukkan diri dengan aktiviti yang berfaedah. Laaaa, main Saidina je pon ok!


5. Bangun malam (Qiamullail), sebab waktu yang paling mustajab untuk berdoa waktu malam.( Malam ni lagi special dari siang sebab ia waktu yang mustajab.penuh ketenangan dan kerohanian.)


6. Amalkan solat sunat, tahajud, solat sunat taubat (sbb betul2 menyesal atas dosa yg dibuat)



Kalau tak boleh buat semua. Takpe... Mulakan secara perlahan-lahan... Tak salah. Allah Maha Pengampun. ^_^


Bersangka baik dgn Allah. Sume ujian pasti ada hikmah. ^_^


Cara-cara Mendekatkan Diri Dengan Allah

Assalamualaikum wbt, untuk kali ni... Syika nak kongsikan benda yang boleh bagi manfaat pada kita semua khususnya umat Islam. Kita manusia sentiasa melakukan kesilapan dan kita tak ada walau sekali pun diatas muka bumi ini untuk menghukum sesiapa yang melakukan kesilapan atas muka bumi ini... Sebab semua manusia tak sempurna kecuali Junjungan Rasulullah saw. Setiap manusia sudah diberi hidayah sejak 14,000 tahun yang lalu. Cuma kita yang selalu bagi alasan. Syika pon tak sempurna... Jadi disamping berkongsi ilmu. Kita juga boleh berdakwah. Andai kita manusia yang hina lagi kerdil ini sudah menyesal dan betul-betul ingin bertaubat pada-Nya. Disini saya sertakan cara-cara mendekatkan diri pada-Nya. Pintu taubat akan sentiasa terbuka selagi belum hari kiamat:


--> Pertama, membaca Al Qur’an dengan merenungi dan memahami maknanya. Hal ini boleh dilakukan sebagaimana seseorang memahami sebuah buku iaitu dia menghafal dan harus mendapat penjelasan terhadap isi buku tersebut.

--> Kedua, mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah yang sunnah, setelah mengerjakan ibadah yang wajib.

--> Ketiga, terus-menerus mengingat Allah dalam setiap keadaan, baik dengan hati dan lisan atau dengan amalan dan keadaan dirinya.

--> Keempat, lebih mendahulukan kecintaan pada Allah daripada kecintaan pada dirinya sendiri ketika dia dikuasai hawa nafsunya.

--> Kelima, merenungi, memperhatikan dan mengenal kebesaran, nama dan sifat Allah. Begitu pula hatinya selalu berusaha memikirkan nama dan sifat Allah tersebut berulang kali. Barangsiapa mengenal Allah dengan benar melalui nama, sifat dan perbuatan-Nya, maka dia pasti mencintai Allah.

--> Keenam, memperhatikan kebaikan, nikmat dan kurnia Allah yang telah Dia berikan kepada kita, baik nikmat zahir mahupun batin. Inilah faktor yang mendorong untuk mencintai-Nya.

--> Ketujuh, -inilah yang begitu istimewa- iaitu menghadirkan hati secara keseluruhan tatkala melakukan ketaatan kepada Allah dengan merenungkan makna yang terkandung di dalamnya.

--> Kelapan, menyendiri dengan Allah di saat Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang terakhir untuk beribadah dan bermunajat kepada-Nya serta membaca kalam-Nya (Al Qur’an). Kemudian mengakhirinya dengan istighfar dan taubat kepada-Nya.

--> Kesembilan, duduk bersama orang-orang yang mencintai Allah dan bersama para ulama. Kemudian memetik perkataan mereka yang seperti buah yang begitu nikmat( mendengar nasihat para ulama')

--> Kesepuluh, menjauhi diri dari segala sebab yang dapat menghalang diri kita dari mendekati Allah S.W.T.

Cinta Remaja: Fitrah Jangan Menjadi Fitnah

                         
                         
  " Kita tidak boleh menyintai orang lain sebelum kita mencintai diri
                                sendiri... Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri.... Sebelum
                                             mencintai Allah S.W.T dan Rasul-Nya SAW"                                                

                                                                                                       

"Cinta itu SUCI, mereka kotorkan dengan HAWA NAFSU...
 Cinta itu ABADI, mereka membunuhnya dengan sesuatu yang bersifat SEMENTARA...
 Cinta itu TINGGI,mereka menghenyaknya ke LEMBAH HINA
 Cinta itu PUTIH BERSIH, tapi mereka nodai dengan warna DOSA yang hitam legam..."

Sunday 15 December 2013

Jumpa Yang Sama

 Blog ni masih sepi..maklumlah, dah nama pon blog baru. So,tak banyak orang yang tau... Aku nak citer kat korang, ada satu hari ni aku ternampak abang ni, sekilas aku nampak dia. Aku baru teringat yang dia tuh abang siber kafe yang slalu aku pergi dulu... Mula2 kenal melalui basketball, takdelah rapat mane... Kemudian ada satu hari ni, kitorang berborak panjang kat wechat sampai lah dia ceritakan kehidupan dia... Dari situ,berdasarkan apa yang aku dengar, kami mempunyai situasi yang sama, matlamat dan arah tuju juga pendirian yang sama.. Jadi dari situ... Dia banyak memberi aku kata semangat. Dia juga pernah berkata, disebabkan dugaan yang dia hadapi akhirnya Allah menemukan dia dgn 4 org sahabat dunia akhirat... Sedangkan aku... hmmm... Tapi aku bersyukur sebab Allah hadirkan orang yang mempunyai matlamat yang sama dengan aku... Iaitu..nak mendekatkan diri dgn Allah S.W.T. Dia abang yang mmg memahami hati aku...Alhamdulillah..Skurang-kurangnya aku tak merasa keseorangan menghadapi masalah ini... Kalau Allah temukan dia dgn 4 sahabat dunia akhirat... Aku pula berharap aku akan dapat abang seperti dia DUNIA & AKHIRAT.... Amin Ya Rabbal Alamin....